ARTIKEL

Mohamed Salah Sertai Trabzonspor, Terima €17 Juta Semusim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Trabzonspor pada Khamis mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (US$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi.

Anak syarikat bola sepak Trabzonspor, yang merupakan syarikat tersenarai awam mengumumkan perjanjian itu menerusi dokumen yang difailkan kepada Bursa Istanbul dan disiarkan melalui Platform Pendedahan Awam Turkiye (KAP).

Salah akan menerima gaji tahunan sebanyak €10 juta serta bayaran menandatangani kontrak berjumlah €7 juta bagi setiap musim.

Penyerang itu juga layak menerima bonus bersyarat pada setiap musim, namun kelab berkenaan tidak mendedahkan jumlah atau kriteria prestasi yang ditetapkan.

Menerusi perjanjian berasingan berkaitan hak imej, Salah akan menerima 20 peratus daripada hasil jualan produk yang menggunakan namanya dan dipasarkan oleh syarikat peruncitan Trabzonspor.

Kelab itu juga akan membayar yuran ejen bersamaan lima peratus daripada jumlah pendapatan kasar pemain berkenaan.

Perjanjian itu melengkapkan satu daripada perpindahan paling berprofil tinggi dalam sejarah Super Lig Turkiye.- BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,