ARTIKEL

Vladimir Putin

Moscow Akan Ambil Tindakan Jika Negara Lain Lakukan Ujian Nuklear – Putin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Moscow akan mengambil tindakan sebagai tindak balas terhadap sebarang ujian nuklear yang dijalankan oleh negara lain, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu, lapor Xinhua.

“Dalam ucapan saya kepada kedua-dua dewan parlimen pada 2023, saya menyatakan bahawa jika Amerika Syarikat (AS) atau mana-mana negara lain yang menjadi pihak kepada perjanjian berkaitan menjalankan ujian sedemikian, Rusia akan mengambil langkah balas yang sepadan,” kata Putin pada mesyuarat Majlis Keselamatan Rusia.

Beliau mengarahkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan Rusia serta jabatan berkaitan yang lain agar mengemukakan cadangan mengenai kemungkinan untuk membuat persediaan bagi ujian senjata nuklear.

Putin berkata Rusia sentiasa mematuhi kewajipannya di bawah Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan akan terus patuh melainkan negara lain mula menjalankan ujian nuklear.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengarahkan ujian senjata nuklear disambung semula dengan mendakwa negara lain turut menjalankan ujian yang serupa. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road