ARTIKEL

MERIAH... Para peserta dari MPC Wilayah Sarawak dan Senari Synergy Group merakam gambar kenangan bersama-sama ketika terlibat dalam perlawanan persahabatan di gelanggang badminton MPC Wilayah Sarawak.

MPC jalin kolaborasi menerusi sukan bersama Industri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 30 pemain menyertai perlawanan persahabatan sukan badminton antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak bersama-sama Senari Synergy Group di gelanggang badminton MPC, baru-baru ini.

Pengarah MPC Dr Mazlina Shafi’i berkata, program julung kali melibatkan kedua-dua agensi itu bertujuan mengukuhkan kerjasama di samping menjadi pemangkin ke arah hubungan dua hala yang lebih proaktif dan berdaya maju.

Pada masa sama beliau menegaskan, ia bukti MPC komited mengukuhkan jalinan kolaborasi inovasi bersama-sama badan industri di Sarawak menerusi amalan gaya hidup sihat.

“Kedua-dua wakil pasukan menunjukkan iltizam serta azam yang tinggi bagi kejayaan pasukan masing-masing.

“Namun, kita dapat menyaksikan semangat kesukanan masih dikekalkan bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan pemain,” katanya.

Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada wakil peserta kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Tambahnya, menerusi penganjuran sukan itu diharap dapat melahirkan serta mewujudkan semangat berdaya saing serta toleransi tinggi dalam kalangan warga kerja.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan