KUALA LUMPUR: Musim baharu Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia yang bermula pada 19 April akan menyaksikan playoff dibahagikan kepada dua fasa.
Perlawanan playoff musim 15 yang ditetapkan untuk berlangsung sepanjang dua hujung minggu akan menyaksikan fasa satu berlangsung pada 30 dan 31 Mei manakala fasa dua pada 14 dan 15 Jun.
Ketua e-sukan (Inkubasi MY dan SEA) MOONTON Games Siew Hao Zhen berkata mereka telah menyemak semula format playoff bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat.
“Pada musim-musim sebelumnya, playoff akan berlangsung dari Khamis hingga Ahad, ini menyebabkan beberapa peminat tidak dapat menghadiri perlawanan hari minggu kerana komitmen seperti sekolah dan kerja.
“Sekarang kami akan melakukannya pada kedua-dua hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Kami percaya format baharu itu lebih sejajar dengan jenama liga kami sebagai komuniti inklusif dan mesra keluarga,” katanya ketika ditemui pada Malam Iftar Infinix 2025: Memperkasakan Masa Depan bersama MPL Malaysia, di sini, malam tadi.
Musim ke-15 akan kembali dengan format dua peringkat yang sama terdiri daripada musim biasa diikuti playoff di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini.
Musim biasa akan menampilkan 10 pasukan MLBB terbaik negara yang akan bersaing setiap minggu dari 19 April hingga 25 Mei, dan enam pasukan terbaik dari musim biasa akan mara ke playoff.
Perlawanan pertama pada 19 April akan menjadi pertembungan semula dua pasukan yang berentap pada perlawanan akhir musim lepas, SRG dan Team Vamos.

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA
KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha
