KUALA LUMPUR: Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-15, yang bermula 19 April ini akan dikenakan bayaran masuk RM10 bagi pertandingan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.
Ketua E-Sukan Malaysia MOONTON Games Fikri Rizal Mahruddin berkata keputusan itu dibuat bagi meningkatkan pengalaman peminat dan menyumbang kepada pembangunan ekosistem e-sukan negara.
“Secara amnya ia untuk kami meningkatkan pengalaman peminat, apabila mereka menonton MPL Malaysia, mereka tahu secara faktanya mereka sedang menonton kejohanan yang profesional, sangat menghiburkan dan sangat menarik.
“Ini juga sebahagian daripada strategi jangka panjang (multi-year plan) untuk memastikan Malaysia sentiasa dilihat sebagai suatu ekosistem terbaik di dunia sambil kita menerajui ekosistem e-sukan di negara ini,” katanya pada temu bual dalam talian semalam.
Menurutnya penjualan tiket mampu memainkan peranan penting dalam mendidik peminat dan menggalakkan mereka untuk melabur bagi masa depan termasuk membeli barangan pasukan.
Musim ke-15 akan kembali dengan format dua peringkat yang sama terdiri daripada musim biasa diikuti dengan playoff.
Musim biasa akan menampilkan 10 pasukan terbaik negara yang akan bersaing setiap minggu dari 19 April hingga 25 Mei. Enam pasukan terbaik daripada musim biasa akan mara ke playoff. – Bernama

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA
KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha
