ARTIKEL

Tan Kai (lima kiri) menyampaikan bakul makanan kepada Kuan Kim Hung (tujuh kiri) dan isteri, Bunta Asau (enam kiri) sementara Tuai Rumah Jeki Entebar (empat kiri) menyampaikan bakul makanan kepada Paya Jantan (dua kiri) sambil disaksikan yang lain. (Foto oleh Ramidi Subari)

MPP sasar baik pulih 43 rumah keluarga miskin tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menyasarkan untuk membaik pulih 43 buah rumah keluarga miskin pada tahun hadapan yang disenaraikan dalam program e-Kasih. 

Pengerusi MPP Tan Kai berkata, MPP akan terus membantu untuk membaik pulih rumah keluarga miskin namun pemohon perlu mendaftar dalam program tersebut. 

Beliau berkata, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) ini merupakan sebahagian usaha MPP untuk membaik pulih rumah keluarga miskin.

“Sesiapa yang mahu memohon boleh datang ke MPP atau boleh memuat turun borang dari laman sesawang untuk baik pulih rumah di bawah PPKB. 

SUDAH SIAP….Bumbung rumah Kuan Kim Hung telah digantikan dengan atap yang baharu. (Foto oleh Ramidi Subari)

“Kita akan membantu untuk memproses dan hantar ke PPKB,” katanya kepada media pada Majlis penyerahan Projek Program Baik Pulih Rumah Di Bandar Tahun 2023 di bawah PPKB MPP di Skim Penempatan Semula Batu Kawa (B), Jalan Desa Wira, di sini hari ini.

Sementara Tan Kai berkata, sejumlah RM17,000 telah diperuntukkan dalam PPKB untuk membaik pulih sebuah rumah.

Memandang kos harga barang yang tinggi, katanya, pihaknya menekankan kepentingan kualiti dan pihaknya berusaha untuk mengelakkan berlakunya isu seperti kebocoran bumbung. 

“Usaha ini adalah selain daripada peruntukkan Adun yang mana mereka mempunyai peruntukkan baik pulih rumah tersendiri iaitu RM1 juta setahun.

“Pihak majlis juga turut membantu masyarakat untuk memohon peruntukkan baik pulih rumah keluarga miskin,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU