ARTIKEL

JUARA LELAKI... Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Dr Mohamad Razi Sitam (tiga kiri), menyampaikan hadiah kepada juara kategori lelaki terbuka, Muhammad Haziq Danish Norizam (kanan).

MTB Jamboree Saribas: Muhammad Haziq, Norazrin ungguli kategori utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Kehebatan pelumba berpengalaman, Muhammad Haziq Danish Norizam, 22, daripada Tugau Vaie Cycling Team dan Norazrin Kamsor daripada RKCYCLEGATAGE sukar ditandingi apabila masing-masing mengungguli kategori lelaki terbuka dan wanita terbuka pada Perlumbaan Berbasikal MTB Jamboree Antarabangsa Saribas Edisi Ke-7 2026 yang berakhir sebentar tadi.

Muhammad Haziq yang juga bekas pelumba skuad berbasikal SUKMA Selangor 2024 menamatkan kayuhan sejauh 40.5 kilometer dengan catatan masa terpantas, iaitu satu jam 32 minit 50 saat.

JUARA WANITA… Juara kategori wanita terbuka, Norazrin Kamsor (kanan), menerima hadiah daripada Datuk Dr Mohamad Razi Sitam (tiga kiri).

Beliau mengatasi dua pencabar terdekat, Laurel Lauridsen Adrian dari Sabah mewakili Ghost Speed Racing Team yang juga penyandang juara tahun lalu di tempat kedua dengan catatan satu jam 35 minit 52 saat, manakala Mohd Zakwan Zamahari daripada Solidarity menduduki tempat ketiga dengan masa satu jam 37 minit 28 saat.

Bagi kategori wanita, Norazrin Kamsor muncul juara dengan catatan masa terpantas dua jam dua minit 55 saat. Jong Meiting yang bertanding atas tiket persendirian menduduki tempat kedua dengan catatan dua jam 12 minit 31 saat, manakala Aw Juey Fang daripada Solidarity berada di tempat ketiga dengan masa dua jam 22 minit 40 saat.

“Cukup gembira dengan kejayaan menaiki podium (tempat pertama) pada perlumbaan kali ini.

“Kejayaan ini menghapuskan kekecewaan yang saya alami tahun lalu apabila sekadar menduduki tempat keempat dalam kategori sama,” ujar Muhammad Haziq kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, Norazrin mengakui teruja dengan laluan yang mencabar sepanjang perlumbaan.

“Selain melalui jalan raya biasa, terdapat juga laluan kampung serta kawasan berpaya,” ujar pelumba kebangsaan itu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Dr Mohamad Razi Sitam.

Turut hadir Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Betong, Nurul Zam Zam.

MTB Jamboree Antarabangsa Saribas Edisi Ke-7 2026 dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN N.35 Saribas dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (BDCA), menghimpunkan 197 pelumba mewakili pelbagai kelab dari seluruh Sarawak.

Selain penyertaan dari seluruh Sarawak, kejohanan itu turut disertai pelumba dari Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, Kalimantan Barat, Indonesia serta Afrika Selatan dengan sebanyak 12 kategori dipertandingkan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,