ARTIKEL

Muhammad Haqimi Azim Rosli | Bernama

Muhammad Haqimi Azim sertai TFC secara pinjaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Haqimi Azim Rosli secara rasmi dipinjamkan ke Terengganu FC (TFC) pada jendela perpindahan kedua musim 2025/2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Bajrai berkata pemain kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu dipinjamkan bagi membantu skuad Penyu mengharungi baki saingan Liga Super dan cabaran Piala Malaysia yang bakal berakhir Mei tahun ini.

Beliau berkata kehadiran Muhammad Haqimi Azim diyakini akan memberikan nilai tambah serta membantu memperkuat jentera serangan yang ketika ini berdepan masalah kritikal selepas tonggak import utama Yan Mabella mengalami kecederaan.

“TFC percaya kualiti yang dimiliki beliau (Muhammad Haqimi Azim) akan membantu meningkatkan pencapaian pasukan yang ketika ini berada di kedudukan kelima Liga Super.

“Beliau juga telah menyatakan hasrat menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi membantu Terengganu meraih kejayaan dalam setiap perlawanan,” katanya dalam kenyataan semalam. — Bernama

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha