ARTIKEL

Mukah kubu kuat GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Datuk Hanifah Hajar Taib berjaya mengekalkan Parlimen Mukah sebagai kubu kuat GPS apabila sekali lagi menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Mukah, Shafrie Saili secara rasmi mengumumkan Datuk Hanifar Hajar Taib secara sah memenangi kerusi Parlimen Mukah dengan 21,733 undian.

Manakala saingannya Abdul Jalil dari Pakatan Harapan memperoleh undian 6,047.

Bagi jumlah kertas undian oleh pemilih pada kali ini ialah sebanyak 27,780 kertas undi , selain jumlah kertas yang ditolak ialah sebanyak 316 kertas undi.

Secara majoritinya Hanifah pada kali ini memperoleh 15,686 undian, iaitu 78.15 peratus majoriti.

Terdahulu dalam PRU-14 peratusan majoriti Hajar Hanifah menunjukkan 66.90 peratus dengan hanya majoriti 7,000 undi, Hanifah memperoleh 13,853 undi mengalahkan Abdul Jalil Bujang yang hanya mendapat 6,853 undi.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

BERITA TERBARU