ARTIKEL

Kredit: FB Liansin Trading Sdn Bhd

Mulakan tahun baharu ini dengan derma darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masih belum ada rancangan untuk hari tahun baharu?

Apa kata raikan tahun baharu dengan melakukan amal kebajikan melalui penyertaan dalam kempen derma darah ‘A Gift of Life’ pada 1 Januari 2025 bertempat di Wisma Saberkas di sini.

Gambar hiasan

Acara tersebut dijadualkan berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang, memberikan peluang kepada warga Kuching untuk menderma darah dan memberikan hadiah kehidupan yang amat bernilai.

Kempen yang dianjurkan oleh Liansin Trading Sdn Bhd bertujuan untuk menambah bekalan darah serta menghargai kemurahan hati para penderma.

Dalam satu hantaran di Facebook, syarikat tersebut mengumumkan bahawa setiap penderma darah yang berjaya akan menerima sekotak Haryana Healthy Rice (335g x 6) dan puzzle magnet edisi terhad sebagai tanda penghargaan.

“Menariknya, puzzle magnet ini merupakan sebahagian daripada siri koleksi yang hanya boleh didapati semasa kempen derma darah suku tahunan,” tambah kenyataan dalam hantaran tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari halaman Facebook Bank Darah Hospital Umum Sarawak (SGH).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU