ARTIKEL

Mulu Eco Challenge Gabung Sukan Lasak dan Alam Semula Jadi

Mulu Eco Challenge Gabung Sukan Lasak dan Alam Semula Jadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Miri bakal dimeriahkan dengan penganjuran Mulu Eco Challenge, sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan dan alam semula jadi di Mulu pada 29 Mac kelak.

Acara yang dianjurkan oleh Grit Event Management ini bakal menghimpunkan atlet, pengunjung dan komuniti setempat melalui gabungan aktiviti tersebut di salah satu kawasan paling unik di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata penganjuran aktiviti seumpama ini juga dapat memberi manfaat kepada Mulu.

“Ia membantu mempromosikan aktiviti sihat, menyokong ekopelancongan serta merapatkan hubungan antara komuniti dengan pengunjung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Acara ini menampilkan larian denai (trail running) sejauh 12 kilometer (km) serta cabaran eko berakit sungai sejauh 5 km, yang memberi peluang kepada peserta untuk merasai keindahan hutan hujan dan persekitaran sungai Mulu secara bertanggungjawab.

Cabaran tersebut juga merupakan sebahagian daripada siri Borneo Raft Safari.

Aktiviti komuniti turut menjadi komponen penting dalam program ini, termasuk Sukan Rakyat untuk penduduk tempatan serta majlis makan malam alu-aluan untuk semua atlet, bagi menggalakkan interaksi dan jalinan persahabatan antara komuniti dan peserta.

Selain itu, ia juga bertujuan menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan impak positif kepada komuniti setempat, di samping memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada 12 Februari ini. Justeru, peserta boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi acara atau melayari https://muluecochallenge.com/.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU