ARTIKEL

Munah, Betty juara Pickleball Piala Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasangan Munah dan Betty muncul juara kategori beregu wanita selepas menewaskan pasangan Bell dan Aish pada perlawanan akhir Pertandingan Pickleball Beregu Wanita Piala Gawai anjuran Kelab Pickleball Alud Daya Mukah, di sini, baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai dan piala yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Pickleball Alud Daya Mukah, Anthony Basir.

Tempat ketiga bersama pula menjadi milik pasangan Florencia dan Husna serta Elyana dan Kurin.

Bagi kategori beregu lelaki, pasangan Muhd. Rafiuddin dan Johnathan Susek dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasangan Ali Rasad dan Mohd. Zaidi Edrus pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga bersama bagi kategori itu menjadi milik pasangan Abang Mohd. Asri dan Hirroji serta pasangan Alexson dan Daineleffino Aiho.

RAKAM KENANGAN… Peserta pertandingan merakam gambar kenangan selepas pertandingan tersebut.

Pengerusi Pengelola pertandingan, Munah Ugin berkata, kejohanan tersebut dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain pickleball, di samping meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan yang semakin mendapat sambutan itu.

“Pertandingan ini juga diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Gawai menerusi aktiviti riadah yang dapat menghimpunkan komuniti pemain dari sekitar Mukah.

“Pertandingan ini berjaya menghimpunkan 24 regu lelaki dan 12 regu wanita daripada komuniti pemain pickleball di Bahagian Mukah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap penganjuran kejohanan seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform mencungkil bakat baharu, selain menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadikan pickleball sebagai aktiviti riadah yang sihat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU