ARTIKEL

Gambar hiasan ( tukar kepada black & white)

Murid 12 tahun maut kena renjatan elektrik di sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata kejadian itu berlaku pada 6.30 petang dan laporan mengenainya dibuat seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.

“Semasa pengadu berada di tempat kerja, pengadu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang (18 Dis),” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Anbalagan berkata kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar berhubung kejadian yang boleh mengganggu proses siasatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia