ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melakukan gimik perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan. Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud (dua, kiri), Ketua Pengarah ICU JPM Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria (dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Feziharudean Tengku Feissal (kiri).

Geran Tambahan RM200 Juta Untuk Perkasa Usahawan Kecil – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kerajaan menyediakan geran tambahan kira-kira RM200 juta bagi memperkasakan keupayaan usahawan kecil, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan itu berkata bantuan berskala kecil mampu memberi pulangan bermakna kepada peniaga sekiranya disalurkan mengikut keperluan sebenar perniagaan masing-masing.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada peniaga yang hanya memerlukan modal antara RM1,800 hingga RM5,000 untuk mendapatkan kelengkapan asas seperti peti sejuk yang dapat membantu menyelamatkan stok jualan.

“Walaupun peruntukan itu kecil tetapi manfaat itu langsung sampai,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk