ARTIKEL

GURU membimbing murid dalam sesi memasak secara berkumpulan.

Murid digilap jadi pemimpin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Program Mukhayyam Dakhili anjuran Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Matang Jaya berjaya dilaksanakan dengan lancar dengan penyertaan murid Tahap 2 melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan.

Program tersebut dianjurkan dengan beberapa objektif utama, antaranya untuk memastikan para peserta dapat menguasai serta mempraktikkan ilmu Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) yang telah dipelajari sebelum ini.

Selain itu, program berkenaan turut memberi penekanan kepada pembentukan semangat berpasukan melalui kerjasama dalam kumpulan bagi mencapai objektif setiap aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, para peserta turut dilatih untuk mengurus diri dengan lebih baik serta membina disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Program ini juga mengetengahkan bakat kepimpinan dalam kalangan murid melalui pelbagai tugasan dan aktiviti berkumpulan yang dirancang secara sistematik.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad yang bertujuan membina disiplin serta jati diri peserta.

Selain itu, peserta diberi peluang untuk mencipta nama dan sorakan kumpulan masing-masing, sekali gus mencungkil bakat kreatif dan inovatif mereka.

Aktiviti tersebut turut menyuntik motivasi serta memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan peserta, di samping membentuk etika dan adab perbincangan yang baik.

Secara keseluruhannya, program Mukhayyam Dakhili berjaya memberikan pengalaman berharga kepada peserta dalam membentuk jati diri, disiplin, serta kepimpinan yang cemerlang.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU