ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia Datuk Iskandar Ismail (kanan) ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Pemerkasaan Ekosistem dan Hak Pengguna Melalui Pindaan Akta 712 dan 713" di Wisma Bernama semalam. | Bernama

MyCC tawar ganjaran, perlindungan pemberi maklumat kartel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bakal memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang mendedahkan kegiatan kartel atau penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Datuk Iskandar Ismail berkata inisiatif berkenaan amat penting memandangkan aktiviti kartel lazimnya berlaku secara sulit selain mendedahkan pengadu kepada risiko kehilangan pekerjaan sekiranya membocorkan rahsia syarikat.

Menurut beliau, pindaan undang-undang yang dijangka diwartakan pada tahun ini akan memberikan perlindungan lebih menyeluruh sekali gus mendorong orang ramai khususnya pengguna tampil melaporkan amalan antipersaingan.

Beliau menjelaskan bahawa pindaan perundangan tersebut turut memperluas peranan MyCC melalui Seksyen 11 Akta 712 untuk melaksanakan kajian pasaran terhadap sektor berimpak signifikan termasuk ekonomi digital dan e-dagang seperti dilapor Bernama.

Sehubungan dengan itu, orang ramai serta pihak syarikat yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti kartel dipelawa menyalurkan aduan melalui pelbagai saluran rasmi MyCC termasuk aplikasi WhatsApp.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU