ARTIKEL

TEO (tengah) ketika menyerahkan cek tersebut kepada wakil Gereja Methodist Iban Sibu Jaya.

Naik taraf rumah ibadat bukti Sarawak prihatin kepada masyarakat berbilang kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua rumah ibadat di kawasan Dudong iaitu Tokong Persatuan Salim Da Wang Gong yang menerima peruntukan RM1,000,000 manakala Gereja Methodist Iban Sibu Jaya menerima RM800,000 daripada Kerjaan Sarawak.

Cek peruntukan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong Kaunselor Datuk Teo Boon Siew dalam satu majlis ringkas di sini, semalam.

Dalam ucapannya, Teo berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk menaik taraf bangunan dua rumah ibadat tersebut.

Menurutnya, ia bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Setiap rumah ibadat sentiasa mendapat perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Sehubungan itu, Teo turut menasihati penerima peruntukan supaya menggunakan dana tersebut dengan sewajarnya dan memastikan segala-galanya dibuat mengikut permohonan sebelum ini.

Pada majlis itu, Teo turut menyampaikan lima komputer riba dan empat mesin pencetak kepada lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan individu di kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting Fu Ying turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU