ARTIKEL

Naik taraf semua fasiliti Sukma secepat mungkin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menaik taraf serta melengkapkan semua kemudahan dan fasiliti yang diperlukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 secepat mungkin.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau sudah meminta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk berbincang dengan pihak berkaitan mengenai perkara tersebut.

“Sudah tentu Abdul Karim sebagai menteri bertanggungjawab akan menyediakan apa sahaja persediaan dan keperluan untuk kita menjadi tuan rumah Sukma 2024.

“Beliau akan berbincang mengenai kemudahan-kemudahan lain khususnya velodrom kerana kita belum mempunyai fasiliti tersebut yang kemungkinan besar akan dibina berhampiran Kompleks Stadium Sarawak.

“Justeru, fasiliti itu hendaklah dibina secepat mungkin, manakala kemudahan lain yang sudah ada, kita hanya akan menaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Ekspo Taman Antarabangsa Borneo Sarawak 2023 (BIGEXS 2023) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini.

“Sementara mengenai bajet untuk menaik taraf fasiliti, sudah tentu Sarawak akan melihat berapa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kerana kita telah dipilih menjadi tuan rumah.

“Ini kerana memang Persekutuan akan memberi peruntukan bagi tujuan tersebut, namun ia selalunya tidak mencukupi. Namun bagi Sarawak, menjadi tuan rumah ini merupakan kepentingan nasional dan kita mahu menyumbang kepada negara,” jelasnya.

Tegasnya, perkara paling penting adalah para atlet Sarawak diberikan pendedahan dalam menjadi penganjur kepada sukan berprestij negara itu.

Pada Khamis, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan Sarawak sebagai tuan rumah Sukma 2024 setelah sebulat suara dipersetujui oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia.

Sebanyak 28 jenis sukan wajib akan dipertandingkan pada tahun depan dengan Sarawak turut diberikan pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan dan memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque serta sukan elek tronik (e-Sukan), namun tertakluk ke pada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,