ARTIKEL

GEMBIRA…Para pelajar merakam gambar kenangan bersama-sama penganjur program dari NAIM.

NAIM Perkasa Pelajar SMK Batu Lintang Menerusi Ceramah Kerjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: NAIM Holdings Berhad menampilkan tiga penceramah berwibawa dalam memastikan sesi ceramah kerjaya membabitkan seramai 100 pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang berjaya dan lancar, semalam.

Tiga penceramah terdiri daripada Abg Mohamad Aiman Abg Mat Ali, Afifah Abdullah dan Dr Choo Chung Siung.

Sesi ceramah menampilkan pelbagai pengajaran berguna berkaitan kesiapsiagaan kerjaya, pembelajaran sepanjang hayat, serta kepentingan merebut peluang di luar bilik darjah.

Para pelajar turut didedahkan dengan kemahiran penyelesaian masalah, kerja berpasukan, komunikasi, kreativiti, dan daya penyesuaian.

Acara turut menyajikan para peserta dengan aktiviti sesi perkenalan dan sesi kerjaya yang direka khas untuk mencetuskan refleksi diri, mengenal pasti kekuatan peribadi, dan menggalakkan pelibatan diri secara aktif.

Segmen Dr Choo memperkenalkan pelajar dengan kepelbagaian peluang dalam bidang kejuruteraan dan akademik termasuk projek infrastruktur yang beliau sumbangkan.

Ketua Perancangan Strategik Farah Nadia Masrol berkata, program tersebut merupakan tanggungjawab korporat NAIM dalam usaha mencetuskan perubahan masa depan yang lebih mampan.

“Menerusi inisiatif seperti ini, kami berhasrat untuk memperkasa pelajar dengan ilmu, keyakinan, dan laluan untuk membina kerjaya bermakna.

“Kita berharap sesi ini mencetuskan rasa ingin tahu dan membuka pintu kepada pelbagai kemungkinan,”katanya dalam satu kenyataan.

Ceramah kerjaya ini merupakan sebahagian daripada tumpuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) NAIM dalam bidang pendidikan.

NAIM juga mengambil peluang berkongsi maklumat berkaitan program latihan Industri.

CENDERAHATI…Farah (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Ir Dr Choo selaku salah seorang penceramah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU