ARTIKEL

DALAM KENANGAN… Gambar Abang Suhordie Abang Zaini bersama mendiang Alan Vest pada tahun 2016.

Nama Alan Vest kekal tersemat di sanubari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemergian mendiang bekas jurulatih Bujang Senang, Alan Vest, beberapa hari lalu sememangnya meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan warga Sarawak.

Jasa serta sumbangannya terhadap sukan bola sepak Sarawak tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apatah lagi, kredibiliti mendiang selama beberapa tahun mengemudi skuad Bujang Senang telah memperlihatkan pelbagai kejayaan yang membanggakan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini antara individu yang terkejut sebaik mengetahui berita pemergian mendiang.

“Memang terkejut sebaik mengetahui berita mengenai pemergian mendiang.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Abang Suhordie, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau bersama mendiang di kediamannya di Perth, Australia pada tahun 2016.

“Seperti yang diketahui, mendiang mempunyai karakter tersendiri dan berupaya mencetus inspirasi terhadap pembangunan sukan bola sepak di Sarawak,” tegas Abang Suhordie.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha