Musim Kaamatan dan Gawai sentiasa sinonim dengan semangat kesyukuran, kemeriahan serta amalan berkongsi rezeki bersama keluarga dan sahabat handai.
Bersempena perayaan yang cukup bermakna bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak ini, Nando’s tampil dengan tawaran istimewa yang pasti menggembirakan pencinta makanan menerusi kempen Bottomless Mediterranean Rice yang menjanjikan pengalaman menjamu selera lebih meriah dan mengenyangkan.

Bermula 26 Mei hingga 26 Jun 2026, pelanggan yang menjamu selera di restoran Nando’s terpilih di Sabah dan Sarawak berpeluang menikmati isi semula Mediterranean Rice tanpa had apabila memesan nasi tersebut sebagai sebahagian daripada sebarang sajian à la carte, hidangan kombo atau platter.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi meraikan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang utama sambutan Kaamatan dan Gawai, selain memberikan nilai tambah kepada pelanggan yang ingin menikmati hidangan bersama insan tersayang.
Kempen ini dijangka menjadi tarikan utama sepanjang musim perayaan apabila ramai mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga selepas menghadiri pelbagai acara tradisi dan rumah terbuka.

Dengan pilihan isi semula nasi tanpa had, pelanggan boleh menikmati hidangan dalam suasana santai tanpa perlu risau tentang bekalan makanan di meja yang cepat berkurangan. Ia sekali gus memberi ruang untuk mereka meluangkan lebih banyak masa berbual, berkongsi cerita dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Menurut Pengarah Pemasaran Nando’s Malaysia dan Singapura, Lim Siew Ling, nilai yang diraikan sempena Kaamatan dan Gawai mempunyai persamaan yang kuat dengan falsafah jenama tersebut yang sentiasa mengutamakan perkongsian, kemesraan dan pengalaman menjamu selera yang bermakna.
Beliau berkata, kedua-dua perayaan itu melambangkan kesyukuran atas rezeki yang diperoleh serta semangat kebersamaan yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang.
“Gawai dan Kaamatan meraikan kesyukuran, rezeki melimpah dan kebersamaan, dan intipatinya terasa begitu sinonim dengan Nando’s.
“Sempena musim perayaan ini, kami menghangatkan suasana dengan sentuhan PERi-PERi kami sendiri menerusi Bottomless Mediterranean Rice, sekali gus memberikan pelanggan limpahan rezeki untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan di meja makan,” katanya.
Tawaran eksklusif ini boleh dinikmati di semua restoran Nando’s di Sabah dan Sarawak termasuk Suria Sabah, The Spring Bintulu, AEON Kuching, Miri Bintang Megamall, The Spring Kuching dan Vivacity.
Bagaimanapun, promosi ini hanya sah untuk pelanggan yang menjamu selera di restoran dan tidak terpakai untuk pembelian bawa pulang atau penghantaran.
Sejak membuka restoran pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 1998, Nando’s terus berkembang sebagai antara jenama restoran pilihan rakyat Malaysia menerusi sajian ayam panggang PERi-PERi yang terkenal dengan rasa unik dan tahap kepedasan yang pelbagai.
Kini, rangkaian restoran itu memiliki 75 cawangan di seluruh negara dan terus menjadi destinasi pilihan untuk pelbagai acara, sama ada makan tengah hari santai, majlis keluarga mahupun pertemuan bersama rakan-rakan.
Dengan gabungan ayam panggang PERi-PERi yang menjadi kegemaran ramai serta tawaran Mediterranean Rice tanpa had, Nando’s dilihat berjaya membawa kelainan sempena musim Kaamatan dan Gawai tahun ini.
Lebih daripada sekadar promosi makanan, kempen tersebut mencerminkan semangat perayaan yang meraikan kemakmuran, perkongsian dan kebersamaan, menjadikan setiap kunjungan ke restoran Nando’s sebagai satu pengalaman yang lebih bermakna dan penuh kenangan.



