ARTIKEL

Pemain Negeri Sembilan FC, Jovan Motika (kanan) diasak pemain PDRM FC pada saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Negeri Sembilan berpesta gol benam PDRM 6–1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC meraih kemenangan bergaya dengan pesta gol, membenam PDRM FC 6–1 dalam saingan Liga Super 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi penyerang sensasi Luqman Hakim Shamsudin yang memanfaatkan peluang terhidang di hadapan pintu gol PDRM.

Negeri Sembilan yang leka dengan gol pendahuluan tersentak apabila tuan rumah memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-22 menerusi ketua pasukan Park Taesu yang memperdayakan barisan pertahanan sebelum menolak masuk bola ke gawang pelawat.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali menguasai perlawanan apabila Takumi Sasaki meletakkan pasukan itu di hadapan pada minit ke-38 hasil gerakan kemas bermula daripada hantaran Luqman Hakim kepada Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefry sebelum pemain itu melorongkan bola kepada Takumi untuk disudahkan.

Momentum pasukan pelawat terus memuncak apabila Luqman Hakim sekali lagi mencuri tumpuan dengan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-40 sekali gus melebarkan kedudukan 3–1 sebelum tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, anak buah K. Rajan terus mengawal permainan dengan baik dan menambah jaringan pada minit ke-53 menerusi tandukan Kei Oshiro selepas menerima hantaran lintang Muhammad Afiq Fitri.

Takumi kemudian melengkapkan gol keduanya dalam perlawanan itu pada minit ke-69 sebelum Ahmad Khuzaimi Piee menutup pesta jaringan Negeri Sembilan menerusi gol keenam sembilan minit kemudian.–BERNAMA

Pemain Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki (dua kiri) berjaya menjaringkan gol keempat melawan PDRM FC pada saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira