ARTIKEL

Neymar Bakal Terlepas Perlawanan Pembukaan Piala Dunia Brazil Menentang Maghribi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Penyerang prolifik, Neymar, tidak dapat beraksi dalam perlawanan pemanasan badan skuad Brazil dan dijangka terlepas aksi pembukaan kejohanan Piala Dunia menentang Maghribi, menurut doktor pasukan kebangsaan kepada pengamal media pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Neymar tiba semalam di Granja Comary (pusat latihan Brazil berhampiran Rio de Janeiro), selesai menjalani semua ujian perubatan, dan disahkan mengalami kecederaan betis gred dua. Beliau dijangka terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu,” kata doktor pasukan, Rodrigo Lasmar.

Brazil dijadualkan menentang Panama dalam aksi persahabatan pada Ahad, diikuti perlawanan menentang Mesir pada 6 Jun.

Perlawanan pertama mereka dalam saingan Piala Dunia menentang Maghribi pula dijadualkan berlangsung pada 13 Jun.

Neymar sering dibelenggu masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, malah timbul keraguan sama ada beliau akan disenaraikan ke dalam skuad oleh Jurulatih Carlo Ancelotti selepas namanya tidak dicalonkan bagi perlawanan persahabatan awal tahun ini.

Penampilan terakhir bintang itu bersama juara dunia lima kali berkenaan adalah pada Oktober 2023 apabila beliau mengalami kecederaan pada lututnya ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia..

Sejak insiden itu, Neymar – yang mengumpul 128 “cap” penampilan antarabangsa – masih bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Kelab Arab Saudi, Al-Hilal, melepaskan beliau secara perpindahan percuma untuk menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya, Santos, pada Januari 2025. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road