ARTIKEL

Idris ketika berucap pada Program Randau Komuniti Bersama Pemimpin dan Sambutan Ngiling Tikai 2026 di Balai Raya Kampung Melaban, di sini, malam tadi. FOTO UKAS BAHAGIAN SAMARAHAN

Ngiling Tikar simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak RM10,000 diperuntukkan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaban bagi melaksanakan kerja naik taraf kemudahan Balai Raya Kampung Melaban.

Peruntukan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang ketika menghadiri Program Randau Komuniti Bersama Pemimpin dan Sambutan Ngiling Tikai 2026 di Balai Raya Kampung Melaban, malam tadi.

Sekitar rakaman kenangan Program Randau Komuniti Bersama Pemimpin dan Sambutan Ngiling Tikai 2026. FOTO UKAS BAHAGIAN SAMARAHAN

Beliau berkata, bantuan tersebut penting bagi meningkatkan keselesaan serta memperkukuh fungsi balai raya sebagai pusat aktiviti komuniti yang menjadi nadi kepada pelbagai program kemasyarakatan dan pembangunan penduduk setempat.

Katanya, walaupun cadangan pembinaan dewan baharu masih dalam proses permohonan, kemudahan sedia ada perlu terus diberi perhatian supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

“Peruntukan ini diharap dapat membantu JKKK menjalankan kerja penambahbaikan kemudahan balai raya supaya lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan penduduk serta pelaksanaan pelbagai aktiviti kampung.

“Selain itu, aspek pembangunan infrastruktur kampung termasuk kemudahan awam dan jaringan jalan raya akan terus diberi perhatian bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tambah beliau, komitmen JKKK Kampung Melaban yang aktif menganjurkan program kemasyarakatan, kebudayaan dan pembangunan komuniti wajar dipuji kerana memberi manfaat kepada penduduk kampung.

Menurutnya, JKKK juga memainkan peranan penting sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dalam memastikan setiap keperluan serta isu masyarakat dapat disalurkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Menyentuh mengenai sambutan Ngiling Tikai, Idris berkata tradisi masyarakat Dayak itu wajar terus dipelihara kerana menjadi simbol perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Program Randau Komuniti Bersama Pemimpin dan Sambutan Ngiling Tikai 2026 dianjurkan bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan, Pusat Khidmat DUN Muara Tuang dan JKKK Kampung Melaban. Program itu turut dimeriahkan dengan sesi randau komuniti, penyampaian maklumat pembangunan serta aktiviti kebudayaan sempena sambutan Ngiling Tikai 2026.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang; Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali; Penolong Pegawai Daerah Asajaya, Hasanah Bujang; wakil Pegawai Daerah Samarahan, Lim Kiew Leng; dan Ketua Kaum Kampung Melaban, Jemat Abak.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU