ARTIKEL

NIK NAZMI

Nik Nazmi letak jawatan Menteri NRES

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkuat kuasa 4 Julai depan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau difahamkan akan bercuti bermula Khamis sehingga 3 Julai 2025.

Beliau katanya sedar bahawa kedudukannya ketika itu sebagai Naib Presiden Keadilan merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikannya ke kabinet.

“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini,” katanya.

Beliau katanya, sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang.

“Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa.

“Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn – saya meninggalkan kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU