ARTIKEL

Bintulu Marathon 2025 bakal kembali pada 3 Ogos di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Nikmati keindahan Bintulu sambil berlari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintulu Marathon 2025 bakal kembali dengan edisi lebih besar pada 3 Ogos depan di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Acara tahunan ini dijangka menarik ribuan peserta dari dalam dan luar negara, termasuk pelari profesional serta peminat sukan rekreasi.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penganjuran maraton ini selaras dengan usaha menjadikan Bintulu sebagai destinasi sukan dan pelancongan utama.

“Bintulu Marathon bukan sekadar acara sukan, ia juga platform untuk memperkenalkan keunikan dan keindahan Bintulu kepada dunia. Laluan larian akan merentasi beberapa mercu tanda utama, menawarkan pengalaman berbeza kepada peserta,” kata jurucakap BDA dalam satu kenyataan.

Empat kategori utama disediakan untuk peserta iaitu Maraton Penuh 42KM (Cabaran ketahanan tertinggi), Separuh Maraton 21KM (Ujian stamina dan daya tahan), Larian Kompetitif 10KM (Sesuai untuk pelari berpengalaman) serta Larian Santai (FunRun) 6KM (Terbuka kepada semua peringkat umur).

Peserta akan menerima baju rasmi acara, medal eksklusif, serta hadiah wang tunai bagi pemenang utama.

Penganjur turut menyediakan stesen hidrasi dan sokongan perubatan bagi memastikan keselamatan pelari sepanjang perlumbaan.
Orang ramai digalakkan untuk mendaftar awal bagi menikmati harga istimewa Early Bird.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://v3.checkpointspot.asia/event/bintulu-marathon-2025.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU