ARTIKEL

TAHNIAH… Yakub menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Sepanduk dan Kontinjen dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Balingian Tahun 1448H/2026M, semalam.

Nilai amanah, kejujuran perlu jadi pegangan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Sifat amanah, kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab perlu dijadikan pegangan setiap lapisan masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi membentuk sebuah ummah yang maju, makmur dan sejahtera.

ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi, berkata nilai berkenaan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian selaras dengan ajaran dan akhlak yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

TAHNIAH… Yakub menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Sepanduk dan Kontinjen dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Balingian Tahun 1448H/2026M, semalam.

“Penghayatan sifat tersebut bukan sahaja penting dalam membentuk peribadi yang baik, malah menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang bersatu, aman dan harmoni.

“Apabila kita menyebut Rasulullah SAW sebagai suri teladan, seluruh aspek kehidupan Baginda wajar dijadikan panduan.

TERIMA KASIH… Yakub menerima cenderamata daripada pihak penganjur semasa sambutan tersebut.

“Baginda menunjukkan contoh kepimpinan yang berintegriti, seorang penyayang, ayah bertanggungjawab, jiran prihatin, sahabat setia serta pemimpin yang berlaku adil kepada semua tanpa mengira kedudukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Balingian Tahun 1448H/2026M di Masjid Darul Taqwa, di sini, semalam.

Antara penduduk di Balingian yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Sehubungan itu, Abdul Yakub memberitahu, kepelbagaian budaya, agama dan bangsa yang terdapat di Balingian merupakan kekuatan yang perlu dipelihara serta terus diperkukuh.

Ujarnya, Islam mengajar umatnya supaya menghormati sesama manusia, mengeratkan silaturahim dan menghindari perpecahan.

Antara penduduk di Balingian yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Program itu menyaksikan penyertaan 13 kontinjen, dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Balingian muncul sebagai johan Pertandingan Kontinjen, diikuti Kampung Kuala Balingian di tempat kedua dan Sekolah Kebangsaan (SK) Parish di tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Sepanduk pula, SK Parish dinobatkan sebagai johan, manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pulat dan JKKK Kampung Masjid masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU