ARTIKEL

Nukilan Anggalih Bayu Muh Kamin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANGGALIH BAYU MUH KAMIM

lahir di Sleman pada 14 Jun 1997. Beliau dibesarkan dari lingkungan yang mengalami perubahan agraria secara masif membuatnya sering menulis berkaitan masalah petani, agraria, lingkungan, ekonomi sumber daya alam, pendidikan dalam pelbagai esei, artikel ilmiah, karya tulis ilmiah mahupun karya sastera sebagai wujud refl eksi atas hal yang terjadi dalam persekitarannya.Antara karya puisi beliau ialah Negeri Srimulat, Hil yang Mustahal, Mak Bedunduk, Untung Ada Saya, Congkak Terjebak, Gepeng Mencari Untung, Ogah Ngeyel dan Asal Bisa Untung.Karya cerpen beliau ialah Senja, Senewen, Tengkulak Digital dan Calak Limbung.e-mel: anggalih.bayu@yahoo.co.id. Instagram: anggalihnontondiskusi.

Terhempas Ampas

Kriat… kriut… garu raksasa serok rezeki

kiriman dari juragan seberang lautan

berat… butut… baru tiba teronggok basi

sisa-sisa peradaban negeri orang.

Bahan butut disambut jadi primadona

sasaran empuk untuk yang punya usaha

murah meriah tak apa 

meskipun sisa-sisa

mahu bagaimana ditaksirnya 

cepat laba.

Sisa peradaban seberang, buat berang

sisa olahan orang, bikin bimbang

dikiranya bumi kita tempat cuci dosa

difikirnya rumah kita buat tumpuk sisa-sisa.

Remah-remah seberang dibeli

bumi pertiwi digadai

sampah limbah orang diterima

punya kita mahu diolah ke mana.

Juragan seberang limbung

pengusaha kopong

keuntungan kembung

warga cuma sapi ompong.

Semuanya buyar

biarpun soal lum bubar.

Hibah Musibah

Korek-korek gunungan

memindah racun ke sumber penghidupan

arek-arek kebingungan

limbah peradaban dipindah berurutan.

Dari gunungan beralih menuju balai

racun dianggap bahan bakar murah

cari keuntungan jalan cepat

limbah masuk perapian makin nirfaedah.

Bediang pemasak tahu

kedelai rasa sangit

bediang pemasak tahu

aduhai perkara melangit

bediang pemasak tahu

lalai telur pun ikut kena soal

bediang pemasak tahu

kimia racun tak masuk di akal.

Plastik sisa-sisa penyokong olahan kedelai

rosak lingkungan cacatkan badan

plastik sisa-sisa penyokong olahan kedelai

barang murah nir faedah tambah musibah.

Arek-arek jangan dirundung

mereka juga tak bisa ditanya.

Arek-arek korban limbung

cuba siapa yang bawa petaka

import… import…. berujung gunung

import… import…. linglung bingung.

Cuci tangan

lempar batu sembunyi tangan

sok suci punya penampakan

menampar huhuhu 

akhirnya saling menyalahkan.

Remah-Remah Bencana

Ini silaturahmi bukan sembarang kunjungan

ini permisi bawa-bawa serokan

ini kula nuwun bukan untuk salaman

ini kedatangan demi jemput buangan.

Racun dipisah dipilah sudah

sinuwun terperangah cerah bungah

ampasnya telah terjumput

cuannya sudah dijemput

ini silaturahmi tak asal datang

ini permisi dengan dapat wang.

Sinuwun terlayani, si kecil terbengkalai

tak punya cuan, tiada dapat silaturahmi

tak ada panjeran, tiada terlayani.

Ya sudahlah, ampas ampas dibakari

ya sudahlah, terkemas terhempas ke sungai.

Bagaimana mahu dikata

tak merata

bagaimana mahu dikata

tiada jaminan negara

redistribusi hanya ilusi

layanan ampas-ampas terbengkalai

cuan permainan

yang jadi aturan main bisa terlayani

celakanya si kecil yang diherdiki

sinuwun yang dicintai.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur