JAIS SAHOK (1959) mula menulis puisi sejak1985, dengan terbitnya sajak, Nukilan Madah Yang Klise dalam akhbar The Borneo Post, Rabu, 13 Februari. Sehingga kini menerbitkan 409 sajak eceran dalam pelbagai media tempatan, arus perdana, akhbar di Brunei Darussalam, media di Indonesia, dalam antologi bersama dan dalam media elektronik. Sajak-sajak termuat dalam akhbar dan majalah tempatan dan media arus perdana termasuk dalam Dewan Sastera.
Jais menang dalam pelbagai peraduan menulis puisi di peringkat Sarawak dan kebangsaan seperti sayembarea penulisan kreatif Hari Guru anjuran JPNS, Sayembara penulisan puisi anjuran DBPCS, Sayembara puisi Kementerian Pertanian Malaysia dan lain-lain.
Kumpulan sajak persendirian Jais Sahok ialah Anak (1989), Bertandanglah ke Dalam Hati (2007), Terima Kasih Malaysia, Kumpulan Esei dan Puisi Patriotik (2007), Puisi Malaysia 1000 Wajah (2007), Mengurai Perdu Menimang Pucuk (2008), Maafkan Aku Ya Tuhan (2013) ITBM, Aku Guru (2014) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kita Ini Penum
DHUYUFURAHMAN III
Panggilan Haji bergema lagi
jemaah bertamu seantero pelosok
merentas benua
menyongsong takdir
merebut waktu yang kian mendekat
meniti ruang antara harapan dan doa
memohon restu yang tidak bertepi
tanpa jemu
tanpa ragu
panggilan Ilahi ini
bukan sekadar sandiwara hati
bukan mainan perasaan yang fana.
Panggilan Haji
tiupan kudus yang menyentuh sanubari
menapis ikhlas dalam nawaitu
menilai damba dalam rindu
mengasah iman di batu ujian
agar saat melangkah pulang nanti
terbit ketenangan yang abadi di hati.
Kuching 15 April 2026
HAJI
Di tanah suci Mekah nan agung
ibadah haji panggilan Ilahi yang suci
rukun kelima: ihram, thawaf, sa’i,
wukuf di Arafah, tawaf ifadhah, bertahallul
teguh segala janji.
Maksud haji jihad nafsu yang ketat
membersihkan jiwa dari dosa yang pekat
seperti sungai air zamzam yang deras
mencuci hati menyucikan amal.
Rukun haji tiang iman yang kukuh
ihram putih tawaf tujuh keliling Kaabah
sa’i di antara bukit Shafa dan Marwah
doa Arafah, Muzdalifah malam penuh harap.
Haji mabrur balasan surga yang abadi
takut kepada Allah taat sepenuh hati
dosa dibersihkan seperti pokok gugur daunnya
masuk syurga tanpa hisab, nikmat paling sedap.
Tawaf di Kaabah pusat alam semesta
tujuh putaran hati menangis kerinduan
baitullah hitam kiblat jutaan umat
di situ jiwa bertemu cinta Allah menyatu.
Haji oh haji, panggilan jiwa yang haus
siapa mampu, segeralah berangkat
mendapat haji yang mabrur itulah impian
amin ya Rabbal Alamin doa memimpin.
Kuching 15 April 2026
Gurindam Haji Mabrur
Ke Mekah ibadah haji dikerjakan,
Rukun lima sudah jadi kewajipan.
Ihram putih hati bersih bagai sutera halus,
Tawaf keliling kaabah tujuh kali putar terus.
Sa’i di Shafa dan Marwah berlari laju,
Wukuf di Arafah doa dimunajat penuh haru.
Maksud haji jihad nafsu mendalam,
Bersihkan jiwa dosa tak mencengkam.
Haji mabrur balasan dijanjikan syurga,
Takut kepada Allah taat setia penuh duga.
Tawaf di baitullah pusatnya kiblat,
Hati menangis cinta luhur tanpa karat.
Siapa mampu segeralah mengerjakan haji,
Jadikan ibadah mabrur impian sejati.
Niat ikhlas hati hendaklah suci dan bersih,
Allah turut ampuni dosa jadi putih bersih.
Malam di Muzdalifah mengutip batu kerikil,
Lempar jamratul kubra syaitan pun menggigil.
Ibadah kurban niat darah mengalir,
Taqwa mendekat Tuhan tak mungkir.
Air zamzam diminum segelas penuh,
Rezeki lancar suasana ibadah tak jenuh.
Pulang ke rumah insya-Allah hajinya mabrur,
Pintu syurga terbuka pintu tangan dihulur.
Sabarlah menghadapi ujian bertahap,
Jiwa teguh iman tetap teguh mantap.
Ukhuwah jamaah berjinjing tangan,
Iman yang kuat menjadi junjungan.
Pelajaran haji amal istiqamah,
Setiap hari hendak taat tanpa lelah.
Doa haji mabrur kabulkan ya Rab,
Rahmat-Mu melimpah selama-lamanya.
Kuching 15 April 2026



