
JAIS Sahok mula menulis dalam tahun 1981, dengan menulis
cerpen, kemudian rencana sastera, esei sastera.
Pada tahun 1983, Jais Sahok menyertai bengkel Penulisan
Kreatif Wilayah (Sarawak) anjuran GAPENA dan DBPCS.
Dalam bengkel itu, Jais berpeluang belajar menulis
daripada pakar kritikan sastera seperti Ramli Isin, Mana Sikana
dan Hashim Awang. Guru sastera beliau yang lain dalam
bengkel itu ialah Othman Puteh, Mana Sikana, Hamzah Hamdani,
Sahlan Mohd Saman. Jais Sahok turut berguru dengan Shahnon
Ahmad untuk penulisan novel. Apabila melanjutkan
pelajaran di UPM, Jais Sahok berkesempatan memperluas
horizon penulisan kreatifnya melalui kuliah bahasa dan sastera di samping menyertai
peluang pertandingan menulis sastsra kreatif sehingga meneroka bidang skrip drama dan puisi.
IBU PERTIWI
Engkau lahir dari rasa yang dalam
dari hati yang sudi berbudi
daripada jati diri payung kehidupan
dan hujan penyedut sinar mentari
kehidupan semaian petani madani
di tanah air sendiri.
Engkau ibu pertiwi berjiwa murni
bersemangat waja berjasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
setiap kibar lambaimu murni
kepunyaan kami.
Telah kausaksikan usaha kami
segala murni diri di pundak kami
dalam ngeri perang pandang mereka
yang datang sesekali
kononnya dia besi berani
dadamu dibongkar khazanah teepuji
wajahmu tak pernah mati genggaman
kami.
Tiang serimu meneguh kibar dan
lambai
di perdumu kami nyanyi
semangat berani berjuang tinggi
untuk berlalu pergi
jelajah seluruh pelosok bumi
ingin kami jelajahi.
Andai nanti aku berlalu pergi
kautidurkankan mereka dalam
dakapan yang nyaman
di pusara setiap anak ibu pertiwi
taburlah kelopak bunga kehidupan
berseri
dan semburan setanggi wangi
bekal mereka menyusul pergi.
Ibu pertiwiku
gemurruh nafas kami
di dalam rongga jantungmu
akan tegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita
demi sebuah janji
antara kita, ada wahyu daripada
Tuhan.
KIBAR LAMBAI PANJI
Kibarmu melambaikan setiap erti
panji
menyusun makna merdeka
ibu pertiwi anugerah ilahi
dari hati pancaran nurani
rasa kasih pancar berseri
tidak seinci pun direlakan pergi
Tadi pagi, menyahut salam
mentari
kibar lambai panji berbisik
jaga tanah nan seinci
pinjaman Ilahi tidak abadi di sini
cinta kasih itu dibawa pergi
ke sana nanti
kongsilah dengan budi
berilah dengan janji
seburkanlah dengan teknologi
sikit sama sikit panennya dikecapi
hidup ini penuh kasih simpati.
Tika ribut membadai panji
lagunya masih merdu
berirama terkini
senyumannya tertenaga di balik
warna perpaduan
ibu pertiwi yang kukasihi,
di bawah langit merdeka ini
lulaungkan janji
andai goyah tiang tegakmu berdiri
sumpahku,
bersamamu aku berani mati.
KEMBALIKANLAH
Enam belas September
saban pagi bersama sinar segar
suria yang mancar
pelangi indah lukisan alam
berilah hidup sinar mekar
senyuman yang lebar
selebar luas segara
kembalikanlah bahagia itu.
Enam belas September
kembalikanlah hak anak-anak
yang merayap mengisi kehidupan
dalam lindungan kepak kenyalang
yang terbang bebas merdeka
mendukung janji MA enam puluh tiga
kembalikanlah kejujuran harapan itu.
Enam belas September
bukalah medan kemerdekaan
di medan kehidupan yang nyaman
menentukan hala tuju sendiri
berfikiran kelas dunia
meneroka segala khazanah anugerah
kembalikanlah gagah perkasa itu.
Enam belas September
berilah rasa bahagia penuh makna
agar hidup sementara ini
tidak membawa duka



