ARTIKEL

hot espresso and coffee bean on white table with soft-focus and over light in the background. top view

NUKILAN kamaliehudiens

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kamaliehudie NS nama sebenar Nor Aziah Abdul Aziz Fadzilah lahir di Kuala Kalawang, Jelebu Negeri Sembilan dan kini pesara kerajaan.
Beliau ahli Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan pernah mengikuti beberapa bengkel serta kursus penulisan anjuran PEN.
Beliau pernah mengikuti kursus penulisan novel remaja anjuran PEN/ DBP di Port Dickson, kursus penulisan buku kanak-kanak di Klang, kursus penulisan kreatif cerpen dan puisi di Seremban
Hasil karya pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Al-Islam, Keluarga, RTM Melaka, RTM Seremban, RTM 1 dan lain-lain.
Karya beliau diterbitkan dalam antologi cerpen bersama penulis wanita Negeri Sembilan terbitan DBP, selain menghasil antologi puisi Sejambak Kasih, Merafaq Sembah, Gema Serunai Hati 3, Gema Serunai Hati 4, antologi RESAM sempena Jubli Emas DBP Sabah, cerpen Jauh Di Sudut Hati.
Karya beliau turut termuat dalam antologi Bah Kuning selenggaraan Talib Samad, Antologi bersama Soneta Ombak Biru Semenanjung.
Beliau pernah menerima Anugerah Sastera Genre Puisi Negeri Sembilan pada 2005 dan 2007 dan mendapat tempat kedua dalam genre haiku dalam Hescom 2016 Asean e-Writer Award.

KASIH YANG HILANG

Kopi direguk baikan duri
tiada nikmatnya saat
angin malam bersapa
merentap jantungku
terbenam dalam
wajahmu hilang
dalam pelukan
azwan hitam.

Jelebu
Negeri Sembilan.

SUKARNYA BANCUHAN KOPI

Membancuh kopi mudah sekali
melaksanakan untuk mendapat
secawan aroma kopi
sulit dalam bisikan
dingin pagi.

Dua sudu gula bancuhan
cawan subuh adalah ranjau
terlalu sakit direguk
atas piring
waktu.

Manisnya limpahan kopi
secawan kopi pagi
nikmat mekar
di kaki
senja.

Jelebu
Negeri Sembilan.

AKU, KAU DAN KOPI

Aku ketagihan adunan kopimu
telah kaubancuhkan
ke cawan kosong
di tangkai retak
seribu.

Biarlah bancuhan kopimu
melimpah di bibir cawan
manisan kopi pertama
sambil kita hirup atas
sejadah pertemuan.

Secangkar kopi mengajar
aku lazatnya makna
satu perjalanan
dibancauhan
terakhir
hidup.

Jelebu.

TINGGALKAN
KOPI ITU

Tinggalkan kopi Latte itu
seenak mana sekalipun nikmatnya
lebih lazat rasanya jika kaucicip
dalam secangkir kopi azan.

Pabila waktu bersapa
adunkan secawan kopinya
atas piring jangan sampai tergelincir
manisnya adalah sungai susu
mengalir di taman
syurga.

Negeri Sembilan.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha