ARTIKEL

NUKILAN MOHD SALLEH OSMAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TULISAN berbentuk humor karya Mohd Salleh Osman penah tersiar dalam majalah Gelihati terbitan Karangkraf Sdn Bhd sekitar 1980-an dan 1990-an. Tulisan berbentuk forum beliau pula sering tersiar di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sehingga kini. Beberapa puisi anak kelahiran Muar, Johor ini pernah tersiar di Utusan Malaysia, BH Ahad dan Wilayahku. Beliau pernah menyertai beberapa antologi puisi bersama terbitan Penerbitan Tinta Karya, Tangkak, Johor. Beliau menghasilkan kumpulan puisi dan cerpen berjudul Bukan Menghapus Cinta terbitan SYFE, Melaka pada 2021. 

BUKAN MERAPU

Gempita di sana sini katanya,

puisi merapu merayau di mana-mana

ada yang merayap-rayap di kaki lima sastera

ada yang menyelinap di pentas kayangan sastera

bahkan di lubuk sungai sastera yang paling dalam

juga ia pernah hadir, katanya.

Kualiti dipinggirkan

kuantiti didambakan

karya tidak berfokus

ungkapan tidak sekata

struktur celaru

tema sendu, ujarnya lagi.

Aku ini,

puisiku ialah pisau

menikam amarah bersasar

ada waktu payah untuk diungkap

walau sebaris rangkap

namun kupastikan tidak merapu

seperti anggapannya.

Presint 16, Putrajaya.

MENCARI TASBIH

Ketika bangkit

dari tidur yang panjang

gusinya tak lagi bergigi

rambut di kepala menipis

uban memutih tak diminta

kulit gerutu bagai perabot lama.

Dia mencari tasbih

ingin kembali ke pangkal diri

cuba merintis lorong hijrah

di celah serabut terowong waktu

sedar kehidupannya kini

menuju akhir garisan.

Presint 16, Putrajaya

DOA SI BULUS

Dia tidak minta banyak

cukuplah sekadar melepas lapar

esok kaudatanglah

jenguklah dia seperti selalu

dia akan setia menunggumu

doanya mengiringi setiap langkahmu.

Putrajaya.

JANJI

Janji

adalah hutang

yang tak mampu

kautunai

dan kini

bunganya berkembang mekar.

Presint 16.

SENANDUNG BAKAL PESARA

Hari bersilih ganti

berbaki sedetik lagi

kucurahkan secangkir bakti

sebelum kad perakam waktu

kusentuh buat terakhir kali.

Berbaki sedetik lagi

tiada yang tersisa dari ingatan

manisnya momen indah

suka, duka dan harapan

menyatu untuk selalu dikenang.

Kusenandungkan lagu sayu

ketika kaki ini tidak lagi sanggup berjalan

lelah untuk meredah

denai cabaran berliku di hadapan.

Buatmu yang bakal kutinggalkan

akurlah, aku ini tidak lagi semuda

dahulu

teruskan legasiku

biarkan aku berundur

mengorak langkah penuh hormat.

Putrajaya.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha