ARTIKEL

NUKILAN SRIWATI LABOT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRIWATI Labot mula menulis sekitar 1996.

Memenangi Hadiah Sastera Negeri Sarawak kategori Penulis Harapan pada 1997/98.

Selain itu, beberapa kali memenangi peraduan menulis kategori cerpen dan puisi peringkat negeri, kebangsaan dan Asean.

Setakat ini, beliau mempunyai lebih 30 buku antologi bersama dan tiga buku kumpulan puisi persendirian yang berjudul Kumpulan Puisi Luka Merpati, diiringi kata pengantar Sasterawan Negeri Sarawak Zainal Abidin Suhaili dan Kumpulan Puisi CA.HA.YA (diterjemahkan dengan dwibahasa, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, juga ditulis dalam tulisan jawi).

Ketiga-tiga buku tersebut telah dilancarkan di Festival Sastera Internasional Gunung Bintan Indonesia dan turut dilancarkan oleh Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA).

Setakat ini lebih 100 puisi dan lebih 30 cerpen telah ditertbitkan dalam pelbagai media massa.

SERINDIT HIJAU BERSAYAP MERAH

Aku melihat

hanya dari jauh

sekawan serindit hijau

bersayap merah

dikepung jaring-jaring kuasa

sumpahan berabad lama.

Serindit kecil cuba berjalan

melangkah ke kanan

jalannya hancur

hatinya juga

melangkah ke kiri

tanahnya lebur

menitis air matanya

terbang ke awan

langitnya kabur

berbisik hanya doa

“Tuhan, sesungguhnya pertolongan-Mu

yang kami tunggu”

Aku melihat hanya dari jauh

serindit hijau bersayap merah

bermandi darah

bertongkat paruh iman yang gagah.

Simanggang

25/11/2025

TUHAN TIDAK TERGESA-GESA

Jalan ini perlukan sunyi

ilmu perlukan maknawi

hati perlukan rohani

sebelum mengenal diri.

Jangan terlalu pantas

mencantas tunas tanpa jelas

jangan terlalu laju

berlari mengejar waktu ingin tahu.

Jadilah pendekar sabar

ketika berpencak di gelanggang sukar

Tuhan pun tidak tergesa-gesa

menghukum hambanya meskipun berdosa.

24/11/2025

Simanggang

BANGKU USANG DI TENGAH HUJAN

Di sini hujan

berderai perlahan

bagaikan tawa ria

anak dara dilamun cinta.

Bahagia sekali mungkin

mungkinkah hatinya bahagia.

Aku bagaikan bangku usang

di taman orang

basah dan sepi, sepi sekali

kerana hujan.

derita sekali mungkin

mungkinkah hatiku derita.

24/11/2025

Simanggang

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium