ARTIKEL

Nukilan ZA’ABAIE

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Za’abaie bin Hj. Shuaini adalah nama sebenar Zaibiee Merupakan salah seorang ahli Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA), Miri, Sarawak. Bidang penulisan yang diceburi ialah puisi, esei dan cerpen. Puisi-puisinya pernah disiarkan di dalam akhbar tempatan dan nasional serta majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Esei-eseinya pula pernah disiarkan di dalam majalah Dewan Bahasa, Klik Web DBP, Mingguan Malaysia, Utusan Borneo (Yang Indah Itu Bahasa) dan majalah Jendela Sarawak. Manakala cerpen pernah disiarkan dalam Utusan Borneo (Yang Indah Itu Bahasa) dan termuat di dalam Antologi Cerpen 40 Tahun PUTERA. Kumpulan puisi yang pernah diterbitkan berjudul Sayembara Menari (ITBM-PENA – 2017).

PUNAH HARGA DIRI

Bisikan halus

melonjak keinginan

satu dugaan.

Serap godaan

pinggirkan baik buruk

lunaskan ingin.

Terkulai iman

punahlah harga diri

telan hasutan.

Zaibiee

BBPJ, Miri, Sarawak

Oktober 2024.

KESUSAHAN DATANG

Tanpa undangan

kesusahan datang

jiwa gelisah.

Semak fikiran

terserap bisa payah

lemahkan daya.

Di laman ini

singgahmu merunsingkan

lumpuhkan senyum.

Tersurat takdir

tawakal kepada-Nya

bermunajatlah.

Zaibiee

BBPJ, Miri, Sarawak

Oktober 2023.

MENJEJAK SILAP

Menjejak silap

temukan titik mula

dalam mencari.

Buru jawapan

selongkarkan sekitar

mungkin bertemu.

Gagal berjumpa

terbitkan kerisauan

fikiran galau.

Persoalannya

kesilapan di mana

buntu meneka.

Zaibiee

BBPJ, Miri, Sarawak

Oktober 2023.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan