ARTIKEL

Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi (kanan barisan hadapan) bergambar bersama para tetamu khas. Foto: Ghazali Bujang

Nurzammiezatul rangkul emas pertama badminton temasya Para SUKMA XXI 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain perseorangan tuan rumah, Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi menjadi individu pertama merangkul pingat emas pada temasya badminton Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan wakil Pahang, Fazira Nazwa M. Salleh dalam aksi final kategori PW SH6 yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Negeri Sarawak, hari ini.

Tampil dengan aksi cemerlang, Nurzammiezatul menumpaskan peserta dari Pahang itu secara straight set dengan kiraan mata 21-8 dan 21-6.

Anak jati dari Kampung Tengah Tebelu itu memberitahu kejayaannya merupakan hadiah istimewa khas buat Sarawak.

“Saya telah berjanji dan nekad di hati untuk berjuang sehabis baik demi Sarawak sehingga ke peringkat dunia.

“Kemenangan ini bukan sahaja milik saya tapi hadiah khas untuk semua yang percaya dengan kemampuan saya,” katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai kejayaannya itu.

Beliau tidak menyangka mampu melangkah ke peringkat akhir dengan mengambil kira baru menceburi sukan badminton pada November tahun lalu.

Ditanya bagaimana latihan menjelang temasya, Nurzammiezatul menegaskan minatnya terhadap sukan itu mendorongnya untuk menjalani latihan keras demi mencapai kejayaan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan pihak kejurulatihan kerana menyokong beliau untuk menceburi bidang tersebut sehingga berjaya.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dari awal hingga ke peringkat akhir. Saya amat berhutang budi kepada semua terutama keluarga saya, para jurulatih dan semua yang menyokong saya dari awal hingga akhir,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU