ARTIKEL

Ketua Balai Polis Nenasi, Sarjan Mejar Othman Mohamad (kiri) bersama Koperal Mohd Faizal Zainal Norddin melihat objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan, 30 Dis. 2025 ketika tinjauan.

Objek disyaki serpihan dari angkasa lepas ditemui di pantai Nenasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEKAN: Satu objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata objek berkenaan dijumpai penduduk kira-kira 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Objek yang disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan, 30 Dis. 2025 ketika tinjauan fotoBernama di Balai Polis Nenasi.

“Siasatan awal mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia semalam dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.

Bagi tujuan keselamatan, objek berkenaan telah dipindahkan ke Balai Polis Nenasi di sini untuk simpanan sementara sebelum siasatan lanjut dijalankan kementerian berkenaan.

Tinjauan Bernama di Balai Polis Nenasi mendapati garisan polis telah dipasang di sekeliling objek itu dan serpihan yang difahamkan mencecah berat ratusan kilogram itu kelihatan dipenuhi teritip dengan beberapa permukaannya terkopak serta rosak. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road