ARTIKEL

OLEH-OLEH DARIDUA TANAH SUCI 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 Oleh: Abang Z

Oleh-oleh dari dua Tanah Suci. Insya-Allah sebagai lambaian untuk datang lagi. “Labbaikallah..hummalaibaik..Labbaikallahhu..syarrikalabaik.Innalhamda..wanikmata..lakawamul.. lasyarrikalaik.” Insya-Allah…Alhamdulillah.

            Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, oleh kerana jemaah haji atau umrah yang dipilih oleh Allah datang ke Tanah Suci Mekah dan Madinah semakin ramai, maka hendak masuk beribadat di Raudah atau Taman Syurga dalam Masjididin Nabawi , mesti memohon kebenaran melalui aplikasi Nusuk dalam talian telefon bimbit kita. Juga perlu menunggu giliran untuk masuk.

            Dengan kebijaksanaan mutawif In Saff T&T, permohonan masuk kali pertama dapat dibuat secara berkumpulan. Ketika tiba dituang menunggu, ada lima saf jemaah yang duduk berbaris. Aku dan ahli jemaah lelaki lain berada dalam saf yang ke-6.  Sambil menunggu giliran yang dibenarkan masuk, aku dan jemaah lain menunaikan ibadat-ibdat sunat seperti solat sunat tahyatul masjid, berzikit dan berdoa-bermunajat sebagai mengisi masa yang terluang.

            Tiba-tiba, Pak Arab yang bertugas lengkap dengan pakaian seragam tentera, melaungkan suara. Enam barisan jemaah boleh masuk ke Raudah, bergerak perlahan dalam jajaran barisan manusia muslimin. Jemaah Muslimat tidak dibernarkan masuk bersama kerana mereka telah ditentukan masa yang sesuai. Aku sepontan berdiri dan menyandang beg kecil yang mengandungi domkumen-dokumen penting.. Beberapa minit kemudian, aku dapat menyempil dalam barisan jemaah yang padat di Raudah, menunaikan ibadat solat-solat sunat, berzikir, berdoa dan bermunajat. Ketika ini, baru akau sedar, beg pelastik yang dimuatkan dengan selipar yang dibawa dari kampung, telah tertinggal ketika aku berada dalam barisan menunggu tadi. Subhanallah al Azim. Mungkin sudah tidak ada rezeki aku lagi. Mataku meliar melihat jika ada peluang berpusing semula ke tempat menunggu tadi. Sudah tentu keadaan sesak dengan jemaah, tidak mengizinkan berbuat demikian. Petugas dalam Masjidin Nabawi juga tidak tidak membenarkan. Aku menadah tangan dan reda sahaja pada takdir Allah ini.

            Tidak lama kemudian, Pak Arab bertugas menjeritkan suaranya menyuruh ahli jemaah yang sudah mendapat peluang beribadat ringkas di dalam kawasan Raudah mesti bergerak pantas meninggalkan Taman Syurga ini bagi memberi peluang kepada ahli jemaah yang lain. Hanya dua orang sahabat yang dapat ditemui ketika bertatih keluar dari kawasan Raudah itu. Jemaah yang lain telah membawa diri masing-masing.

            Ketika tiba di pintu utama untuk jemaah lelaki masuk ke dalam Masjidin Nabawi, kudapti cuaca panas sedang membahang. Aku tercegat seketika, mencongak nasib mahu terus berjalan atau menunggu mendapatkan selipar ganti. Itu pun jika ada rezeki. Menjadi lumrah,selepas dapat beribadat di Raudah, pergerakan akan diteruskan dengan menziarah Makam Rasulullah SAW dan Makam Saiyudinah Abu Bakar al Siddiq dan Saiyudinah Umar aL Khattab. Seketika kemudian, aku mengambil keputusan untuk meneruskan langkah dengan tidak beralas kaki. Sebaik sahaja tapak kakiku menyentuh lantai dataran Masjidin Nabawi, sepontan jeritan suaraku terpacut. Terasa kedua-dua tapak kaki seperti terbakar. Air mata turut menitik di kelopak mata. Ya Allah.. Allahu Akhbar… tersangat sakit. “ Mungkin Kau membakar dosa-dosaku yang banyak.”

            Aku terlompat-lompat kesakitan. Inilah  oleh-oleh pertama yang aku dapat di Tanah Suci Madinah. Tidak lama kemudian pertolongan daripada Allah pun tiba, Seorang pertugas yang mebersihkan dataran masjid, berlari ke arahku. Dia boleh berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tanganku dipimpin ke tempat yang terus sedikit, berhampiran dengan dinding sekatan pelastik di luar Masjidin Nabawai. Siutan sakit dari mulutku melahirkan simpati ke jiwa petugas ini.  Dia meminta aku tunggu seketika sementara dia hilang entah ke mana. Jejariku terus meraba ke dua-duda tapak kaki yang rasanya seperti sudah terbakar.

            Tidak lama kemudian petugas tadi yang memakai pakaian seragam berwarna biru cerah dan bersongkok sebagai pakaian rasmi datang membawa sepasang selipar terpakai. Aku memeuluk tubuh petugas lelaki ini dan menzahirkan ucapan terima kasih dan penuh kesyukuran. Dia memaklumkan dia pernah bekerja di Malaysia.

            Aku terus membuka zip beg sandang, menyeluk saku beg duit dan menghadiahlkan pada sahabat baharu ditemui ini dengan wang sepuluh rial. Seorang kawannya yang melihat dia mendapat hadiah sepuluh rial, datang menghampiri. Kuhulurkan pada dia lima rial Arab Saudi.

            Walaupun keadaan tapak kaki masih sakit, aku melangkah menuju laluan ingin ke lokasi Makam Rasulullah SAW dan dua sahabat baginda yang disemadikan di situ.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU