Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas berdepan beregu utama dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi separuh akhir, petang tadi.
Aksi hebat dipamerkan regu lelaki negara apabila tidak memberi laluan mudah kepada Wei Keng-Wang Chang selepas mengheret mereka ke perlawanan penentuan.
Mereka bangkit daripada kekalahan pada set pertama (19-21) dengan mengatasi pasangan China, 21-15 pada perlawanan kedua.
Pun begitu, mereka akur dengan kekebalan regu Tembok Besar China apabila tewas 21-17 pada set penentuan.

