ARTIKEL

Onn Hafiz Angkat Sumpah Menteri Besar Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Menurut hantaran di Facebook The Royal Johor, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan itu dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Istiadat itu dimulakan dengan bacaan Surat Tauliah Menteri Besar Johor oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.

Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Penasihat Undang-Undang Johor Datuk Abd Aziz Engan.  

BN memperoleh mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam selepas mencatatkan kemenangan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lagi berita akan menyusul…

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan