ARTIKEL

Sekitar Op Mabuk di Jalan Penrissen, di sini, malam tadi.

Op Mabuk: Dua pemandu positif alkohol, 52 saman dikeluarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pemandu kereta dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol manakala 52 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di Jalan Penrissen, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William berkata operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan itu berlangsung dari pukul 11 malam hingga 5.30 pagi hari ini.

“Dalam operasi berkenaan, 64 individu dan 62 kenderaan diperiksa, merangkumi motosikal, kereta, van, lori, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kenderaan pacuan empat roda.

“Sebanyak 52 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk pengubahsuaian ekzos, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan berkaitan lesen memandu,” katanya.

Beliau menambah, kesalahan pengubahsuaian ekzos mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 17 saman, melibatkan 15 kereta dan dua motosikal.

Katanya, dua pemandu yang dikesan positif alkohol masing-masing mencatatkan bacaan 147 miligram dan 78 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah dalam ujian pengesahan menggunakan alat EBA II.

“Kedua-dua pemandu berkenaan dibawa ke Balai Polis Batu Kawa untuk menjalani ujian pernafasan dan didapati mempunyai bacaan alkohol melebihi had yang dibenarkan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi itu dijalankan bagi mengesan dan mencegah pemandu atau penunggang yang mengendalikan kenderaan di bawah pengaruh alkohol, selain memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas,” katanya.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira