KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Thailand yang hilang di perairan Pulau Burong, 17 Disember lepas akibat bot karam ditangguhkan, 6 petang tadi.
Komander Operasi TPgB II Ts Mohamad Meramit berkata, operasi SAR ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
“Operasi SAR seorang lagi nelayan warga negara asing terbabit diatur gerak bersama-sama pelbagai agensi seperti Polis Marin, RELA, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamad, operasi SAR pada sebelah petang semalam tidak boleh dijalankan kerana keadaan angin kencang dan ombak tinggi, berbahaya kepada bot penyelamat.
Anggota katanya, hanya bersedia di kawasan jeti untuk sebarang kemungkinan.
“Berdasarkan kronologi kejadian, sebuah bot nelayan bersama-sama enam nelayan warga asing dilaporkan karam di perairan tersebut.
Katanya, bot berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti Tanjong Bako ke laut untuk menangkap ikan, namun pada keesokan harinya, bot tersebut terputus hubungan dan dikhuatiri karam.
“Pemilik bot nelayan yang merupakan warganegara tempatan membuat laporan insiden bot karam di Balai Polis Santubong.
“Dalam pada itu, tiga nelayan diselamatkan oleh bot nelayan lain yang lalu di kawasan insiden.
“Sementara seorang nelayan berjaya dijumpai pasukan SAR di perairan laut Serpan, Asajaya pada Selasa dan seorang lagi nelayan masih belum dijumpai setakat ini,” katanya.


