ARTIKEL

Operasi Terusan Pinglu Tingkat Kesalinghubungan Guangxi Dengan ASEAN – Naib PM China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

QINZHOU (China): Terusan Pinglu kini mula beroperasi secara rasmi selepas melalui proses pembinaan selama empat tahun, sekali gus memperkukuh kesalinghubungan dan keterbukaan wilayah Guangxi dengan rantau ASEAN.

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang berkata kejayaan projek berprofil tinggi itu berkait rapat dengan sokongan padu pelbagai jabatan dan masyarakat, serta kesungguhan dan ketekunan para pekerja yang terbabit dalam pembinaannya.

Ding berkata peluang daripada pengoperasian terusan itu perlu dimanfaatkan untuk mempercepat pembangunan pelabuhan di Teluk Beibu yang mempunyai akses ke pasaran global, meningkatkan tahap keterbukaan di wilayah barat China serta memberikan sumbangan lebih besar kepada pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu.

“Presiden Xi Jinping amat mementingkan pembinaan Terusan Pinglu dan pernah memberikan arahan supaya terusan itu dibangunkan mengikut standard tinggi serta dijadikan projek berkualiti, mesra alam, berintegriti dan bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis perasmian operasi Terusan Pinglu di bandar Qinzhou, Wilayah Guangxi, pada Rabu.

Ding turut menaiki sebuah kapal untuk meninjau operasi terusan itu serta keadaan ekologi di sepanjang kedua-dua tebingnya.

Terusan Pinglu yang menghubungkan bandar Nanning dengan Teluk Beibu merupakan antara tunjang bagi Guangxi dalam memacu pembangunan maritim dan meningkatkan tahap keterbukaan menerusi laluan laut.

Terusan itu juga dijangka menyuntik momentum baharu kepada China dan negara-negara ASEAN dalam memperkukuh kesalinghubungan serta kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road