ARTIKEL

Operasi TP dan TGP ditutup di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perpaduan Negara menutup operasi Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) di Kuching berikutan pengisytiharan Kuching sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, penutupan berkenaan bermula pada 30 Oktober 2020 sehingga 13 November 2020.

“Arahan ini melibatkan penutupan operasi 43 tabika dan satu TGP dengan 830 kanak-kanak dan 92 tenaga pengajar.

“Saya mengingatkan semua jentera perpaduan di semua zon merah supaya mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta arahan Kerajaan Negeri yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU