ARTIKEL

Anggota bomba Sarikei menunjukkan burung yang sempat diselamatkan selepas terjerat tali layang-layang, hari ini.

Operasi unik Bomba Sarikei selamatkan burung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Semangat dan keprihatinan anggota bomba yang tidak hanya menumpukan kepada menyelamat manusia, tetapi juga menunjukkan nilai kemanusiaan tinggi terhadap semua makhluk hidup dan terserlah apabila seekor burung yang terjerat pada tali layang-layang berjaya diselamatkan di Jalan Berjaya, di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi.

“Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai sebaik menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati seekor burung tersangkut pada tali layang-layang yang terputus sebelum tersangkut pula pada sebatang pokok di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bertindak pantas, anggota bomba menggunakan tali penyelamat untuk menarik dan menurunkan tali layang-layang tersebut bagi membebaskan burung berkenaan.

Hasil kecekapan serta kerjasama anggota di lapangan, burung itu akhirnya berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat.

“Setelah memastikan burung tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, pasukan kami melepaskannya kembali ke habitat asal,” tambahnya.

Operasi penyelamatan berkenaan bermula pada jam 10.48 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 11.00 pagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU