ARTIKEL

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour (Kredit Foto: BNM)

OPR kekal 2.75 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inflasi yang terkawal, adalah antara faktor yang mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, teras utama dan infiasi teras kekal terkawal pada 1.8 peratus serta dua peratus, masing-masing di sebalik tekanan kos sepanjang tahun.

“Ini menyebabkan infiasi berada dalam jajaran unjuran 1.5 hingga 2.5 peratus, dan ia agak terkawal.

Pertumbuhan adalah mampan tanpa tanda kemeruapan.” katanya kepada Bernama selepas pengumuman OPR baru-baru ini. Mengenai pertumbuhan ekonomi, Abdul Rasheed percaya kecerdasan buatan (AI) dan kitaran naik teknologi akan terus menyokong pertumbuhan eksport memasuki 2027 serta menyambung ke 2028.

“Pertumbuhan kukuh pada suku kedua 2026 disokong terutamanya oleh eksport iaitu daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan pembuatan serta permintaan dalam negeri dan perbelanjaan pelancongan yang mampan.

“Pertumbuhan setahun penuh 2026 adalah sekitar lima peratus dan pertumbuhan ini juga akan masuk ke 2027 dengan pemacu pertumbuhan yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rasheed berkata, BNM kekal berwaspada terhadap risiko infiasi yang berpunca daripada konflik Asia Barat yang masih berpanjangan selain kemungkinan tekanan kos dari segi penawaran dan akan terus memantau situasi itu dengan teliti untuk menentukan tindak balas yang sesuai.

Penghantaran tekanan kos kepada ekonomi domestik telah dihadkan oleh langkah dasar domestik dan menyebut bahawa perniagaan telah membantu menyerap tekanan kos serta membuat pelarasan, termasuk melalui kepelbagaian rantaian bekalan, strategi penyumberan alternatif atau pengurusan inventori.

Beliau juga berkata tindak balas dasar akan bergantung kepada punca tekanan infiasi.

“Jika ia semata-mata disebabkan tekanan kos, dasar monetari bukanlah alat yang berkesan dan kita perlu menanganinya menggunakan alat yang berbeza.

“Tetapi jika tekanan inŠ asi disebabkan oleh permintaan, maka dasar monetari mempunyai peranan untuk dimainkan. Kita akan memantau dengan teliti dan menggunakan tuas yang sesuai bagi mengawal infiasi,” katanya.- Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau