ARTIKEL

Ops Ice Breaker: 561 individu ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Sarawak menahan seramai 561 individu, dalam operasi “Op Ice Breaker” yang dijalankan sejak 29 Julai lalu, dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM39,163.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia dan berakhir hari ini itu, merupakan langkah proaktif yang diambil untuk memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti pengedaran, serta penyalah gunaan dadah di negara ini.

“Sepanjang seminggu operasi itu dijalankan, daripada 561 individu yang ditahan itu, 532 individu adalah lelaki, manakala 29 lagi wanita, atas pelbagai kesalahan seperti membekal, memiliki dan positif urin.

“Turut dirampas syabu seberat 245.71 gram, ganja (4.76 gram) dan pil nospen (4,327 biji) dengan anggaran nilai RM39,163.50,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sahar berkata, turut disita dua buah kenderaan melibatkan Perodua Myvi dan Proton Saga dengan anggaran nilai RM35,000.

Kesemua yang ditahan akan disiasat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road