ARTIKEL

Pacu pertumbuhan ekonomi, cipta peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) yang baharu, Ruslan Abdul Ghani mengetuai delegasi mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, semalam.

BPHB dalam kenyataannya berkata, kunjungan hormat itu antara lain bertujuan bagi membincangkan kerjasama pihaknya dalam menyokong usaha Kerajaan Sarawak memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan di wilayah ini.

“Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penerokaan peluang pelaburan baharu, juga perkongsian berpotensi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak,” kata kenyataan itu, semalam.

BPHB berazam untuk mendorong pertumbuhan dan mencipta nilai kepada pemegang saham serta pelanggan dalam memastikan syarikat akan terus kekal di barisan hadapan rantaian pelabuhan dan logistik.

Untuk rekod, Ruslan yang merupakan bekas Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn. Bhd (Operasi Sarawak) menggalas tanggungjawab sebagai CEO BPHB berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dalam industri minyak dan gas serta pernah ditugaskan ke empat negara berbeza iaitu Sudan, Dubai, Iraq dan Turkmenistan.

Ruslan dan delegasi BPHB turut meluangkan masa mengunjungi dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian.

Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB, Maslihah Tioh; Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Nhaddya Wahed dan Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan BPHB, Halfi Ideris.

Ruslan bersama delegasi Kumpulan BPHB merakam gambar kenangan bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU