ARTIKEL

Padah rosak bendera, poster parti politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditahan sementara seorang lagi lelaki sedang dikesan kerana disyaki merosakkan bendera dan poster Calon Parlimen Santubong di sepanjang Jalan Kampung Boyan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas Pilihan Raya berhubung kes tersebut pada semalam, kira-kira jam 2.30 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat dan siasatan, suspek warga tempatan berumur 37 tahun ditahan sepasukan Op Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Suspek dikesan dan ditahan di kawasan Petra Jaya, Kuching.

“Hasil semakan rekod siasatan lampau suspek mempunyai tiga kes kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak boleh lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana individu supaya tidak melakukan perbuatan menyalahi di bawah Akta Pilihan Raya 1958, Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi memastikan PRU-15 berjalan dengan lancar dan dalam suasana harmoni.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira