ARTIKEL

Wee bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley, di Farley Kuching, hari ini. Gambar MOHD ALIF NONI

Padang Song Kheng Hai Akan Terus Dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padang Song Kheng Hai yang bersejarah tidak akan ditukar menjadi pusat komersial, sebaliknya terus dipelihara sebagai sebahagian daripada khazanah warisan bandar raya Kuching.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, inisiatif penjanaan semula bandar bagi kawasan Padungan bertujuan mengimbangi pemeliharaan warisan dengan pembangunan moden, khususnya ketika sebahagian kawasan komersial berusia lebih satu abad itu terus berkembang.

“Apabila saya membaca artikel berkenaan, saya agak terkejut.

“Padang itu telah lama diwartakan sebagai kawasan riadah dan rekreasi sejak era Brooke selepas keluarga Song mendermakan tanah itu untuk kegunaan awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley, di Farley Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang inisiatif penjanaan semula bandar oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), termasuk laporan yang menyatakan sebuah pusat komersial akan dibina di Padang Rekreasi Song Kheng Hai.

Menurutnya, perbincangan semasa sebaliknya memberi tumpuan kepada kemungkinan penambahbaikan di sekitar Pusat Penjaja Song Kheng Hai sedia ada.

“Ini termasuk kawasan bumbung, sambil memastikan libat urus komuniti kekal menjadi sebahagian daripada sebarang perancangan masa depan.

“Apa-apa sahaja yang akan kita laksanakan, kita akan memastikan kawasan kejiranan terlibat sebagai sebahagian daripada libat urus komuniti,” jelasnya.

Mengulas lanjut katanya, MBKS kini memberi tumpuan kepada usaha memulihara Padungan, termasuk rumah kedai warisan yang berusia lebih 100 tahun, sambil membolehkan pembangunan baharu di kawasan sekitar seperti Jalan Abell melengkapi identiti sejarah kawasan itu.

“Anda akan melihat Padungan lama dan Padungan baharu. Dalam keadaan tertentu, yang lama perlu dikekalkan untuk dipelihara, manakala yang baharu pula mesti dapat melengkapi yang lama,” tegasnya.

Jelasnya, MBKS telah menubuhkan pasukan khas yang melibatkan agensi dan pihak berkuasa berkaitan bagi membimbing usaha pemuliharaan serta melindungi nilai warisan seni bina Padungan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU