ARTIKEL

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Farhana Ismail

Pakar Dedah RM100 SARA Boleh ‘Hidupkan’ Perniagaan Kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kaedah penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 melalui kredit tanpa tunai membantu memastikan bantuan itu disalurkan selaras dengan objektif asalnya.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Farhana Ismail berkata, pendekatan itu membolehkan tujuan utamanya iaitu bagi pembelian barangan keperluan asas dicapai dengan berkesan.

“Sehubungan itu, rekod transaksi yang tersedia juga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk memahami corak perbelanjaan pengguna dan menilai keberkesanan dasar secara berterusan.

“Bagaimanapun, pendekatan bantuan yang pelbagai kekal penting bagi memenuhi keperluan kumpulan penerima yang berbeza,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa bantuan sekali pemberian seumpama ini memberi kesan positif nyata terutamanya dalam jangka pendek kerana ia meningkatkan perbelanjaan pengguna khususnya untuk barangan keperluan.

Seterusnya, ia meningkatkan permintaan domestik yang sekali gus menyokong aktiviti pengeluaran dan ekonomi secara keseluruhan.

“SARA RM100 sedikit sebanyak membantu rakyat Sarawak membeli keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak dan lain-lain.

“Bantuan ini meringankan beban kewangan isi rumah, terutamanya semasa musim perayaan, dan bagi sesetengah penerima, bantuan ini juga boleh dimanfaatkan secara produktif dalam perniagaan kecil,” ujarnya.

Justeru, katanya, perbelanjaan pengguna dijangka meningkat sejurus selepas kredit SARA dikreditkan, khususnya untuk barangan keperluan asas.

“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengurus perbelanjaan harian dengan lebih teratur,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembayaran SARA RM100 akan dikreditkan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas pada 9 Februari ini.

Beliau mendedahkan perkara itu semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026 sebentar tadi.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road